PENTAS MOBI º Paperback


    PENTAS MOBI º Paperback semua orang di dalam satu persembahan di Dewan Filharmonik Kuala Lumpur dan tidak muncul semulaPolis menangkap Harut dan menuduhnya sebagai pembunuh Harut didakwa di Mahkamah Agung Kota Mega Kuala Lumpur oleh DPP Musa dan diadili oleh Hakim FirDari PENTAS magik ke PENTAS mahkamah, Harut tentunya ada helah terakhir yang akan dipersembahkan kepada dunia."/>
  • Paperback
  • 252 pages
  • PENTAS
  • Anuar Shah
  • Malay
  • 26 July 2018

10 thoughts on “PENTAS

  1. Asmar Shah Asmar Shah says:

    1.75 untuk naskah ini Pertama sekali tahniah kepada encik penulis untuk naskah yang kedua ini Buku ini bagus, cuma mungkin buku ini dihasilkan bukan untuk memenuhi selera aku Hiks Idea utama naskah ini sangat menarik Mengenai ahli sihir atau magican Mula mula keluar iklan di muka buku Fixi, aku terbayangkan cerita Pentas ini ala ala Now You See Me versi Malaysia yang penuh dengan aksi dan adegan magik Ya aku suka movie tu Bertambah lagi aku berkobar kobar untuk mendapatkan naskah ini apab 1.75 untuk naskah ini Pertama sekali tahniah kepada encik penulis untuk naskah yang kedua ini Buku ini bagus, cuma mungkin buku ini dihasilkan bukan untuk memenuhi selera aku Hiks Idea utama naskah ini sangat menarik Mengenai ahli sihir atau magican Mula mula keluar iklan di muka buku Fixi, aku terbayangkan cerita Pentas ini ala ala Now You See Me versi Malaysia yang penuh dengan aksi dan adegan magik Ya aku suka movie tu Bertambah lagi aku berkobar kobar untuk mendapatkan naskah ini apabila kontroversi yang melanda novel ini yang mana hampir dibatalkan terbitannya.Tapi apabila aku hadam naskah ini, kerap kali aku ingin mengalah untuk menghabiskannya Kerap kali aku berharap agar aku cepat menghabiskan naskah ini Sigh Latar tempat yang digunakan dalam Pentas, dinyatakan adalah pada zaman futuristik sewaktu dipermulaan cerita Ada beberapa bahagian naratif yang menggunakan alatan alatan yang agak canggih Namun aku tidak dapat merasakan latar tempat yang digunakan adalah di zaman yang canggih manggih Aku langsung tidak merasakan yang aku sedang berada di Malaysia yang sedang dikelilingi alatan dan prasarana yang buat mulut aku terngangah luas Tapi seolah olah kisah ini hanya seperti berada di zaman dan tahun ini sahaja Sebutan alat alat canggih yang digunakan hanya sebagai tempelan untuk menyatakan latar ni adalah zaman futuristik ok Tapi itu tak menjadi masalah besar pun Hanya aku yang mengada ngada.Hanya bahagian Pentas 1 yang menarik perhatian aku Magik magik yang harut persembahkan, boleh tahan Walaupun naratif penceritaan agak slow Lambat Bila masuk bahagian Pentas 2 lebih kepqda kisah Harun dan hidupnya 3 kisah di dalam mahkamah dan seterusnya , aku semakin lemas dengan gaya penceritaannya yang sangat detail Meleret Bagaikan aku berada di dalam sebuah kapal di tengah lautan dan teroleng oleng di pukul ombak Maaf encik penulis Apa apa pun kaver memang owesome Tapi kepada yang belum baca, cubalah baca dulu Selerakan masing masing berbezaPeace


  2. Syaihan Syafiq Syaihan Syafiq says:

    This review has been hidden because it contains spoilers To view it, click here Novel PENTAS tulisan saudara Anuar Shah yang setebal 244 halaman ini boleh disifatkan sebagai sebuah naskah yang factual driven dan bukannya sebuah naskah yang banyak digerakkan oleh plot ataupun penceritaan Struktur naratif novel PENTAS dibahagikan kepada tiga Pentas Satu, Dua, Tiga dan setiap satu daripadanya mengupas isu dan permasalahan yang pada hemat saya agak terpisah, menjadikan pergerakan cerita agak mengelirukan pembaca PENTAS sarat dengan penceritaan fakta, terlalu banyak sehingga Novel PENTAS tulisan saudara Anuar Shah yang setebal 244 halaman ini boleh disifatkan sebagai sebuah naskah yang factual driven dan bukannya sebuah naskah yang banyak digerakkan oleh plot ataupun penceritaan Struktur naratif novel PENTAS dibahagikan kepada tiga Pentas Satu, Dua, Tiga dan setiap satu daripadanya mengupas isu dan permasalahan yang pada hemat saya agak terpisah, menjadikan pergerakan cerita agak mengelirukan pembaca PENTAS sarat dengan penceritaan fakta, terlalu banyak sehinggakan ada beberapa ketika saya sendiri tidak pasti kenapa penulis memilih untuk menghuraikan secara agak terperinci tentang sesuatu sekuens yang terkadang dibaca langsung tidak ada kena mengena dengan watak utama yang saya anggap merupakan Harut si ahli silap mata yang muncul di awalan naskah ini PENTAS pada hemat saya terlalu memberitahu dan bukannya menceritakan , suatu garisan halus di mana pada pendapat saya apabila sesebuah naskah itu terlalu memberitahu dan tidak mempersembahkan cerita, ia saling tidak tumpah bagaikan membaca sebuah buku bukan fiksyen Secara amnya, bahagian Pentas Satu memperihalkan tentang Harut si ahli silap mata dan pada penghujungnya bagaimana dia mungkin telah tersilap percaturan sehingga telah menyebabkan pembantunya yang bernama Zulaika telah lenyap secara tiba tiba Pentas Dua pula memfokuskan cerita pada Harun, seorang wartawan muda yang berminat ingin mengkaji dan menulis sebuah rencana tentang kes perbicaraan Harut dan Pentas Tiga menceritakan tentang sesi perbicaraan Harut dan Dato Mah Rut di mahkamah Secara teorinya, ringkasan di atas paling tidak akan menghasilkan suatu penceritaan naratif yang menarik Namun begitu, bahagian bahagian ini ditulis dan dipersembahkan sebegitu rupa sehinggakan ia dibaca bagaikan agak terpisah dan tiada korelasi antara satu sama lain Paling jelas adalah pada bahagian Pentas Dua di mana saya sendiri kurang jelas kenapa perlu diceritakan secara terperinci bagaimana Harun bermula menjadi seorang wartawan, hubungkaitnya dengan Mak Su pemilik restoran yang terkena sihir buatan orang dan segala macam backstory tentang Harun yang pada hemat saya tidak menggerakkan pergerakan plot secara baik.Tamat membaca PENTAS, saya tidak boleh tidak daripada mempersoalkan kenapa begitu banyak hal yang dibangkitkan dalam novel ini dibiarkan tidak berjawab Apa yang jadi dengan Harun dan Mak Su Apa yang sebenarnya terjadi dengan Zulaika Siapa sebenarnya Zulaika itu Apa yang akan berlaku ke atas warga Kota Mega Kuala Lumpur Watak Ustaz Rasyid Idris yang merupakan key benefactor dalam novel ini pula anehnya hanya diceritakan sepintas lalu, dan hanya muncul sebagai watak sampingan yang wujud dalam ketiga tiga bahagian Pentas Tanpa mendedahkan begitu banyak spoiler, saya sendiri berasa hairan kenapa watak Ustaz Rasyid Idris ini tidak diketengahkan, dan kenapa watak Harun si wartawan yang muncul sebagai peran utama di Pentas Dua itu pula diberikan keutamaan sedangkan peranannya pada pembacaan saya kecil benar dan ada di beberapa bahagian dalam novel ini langsung tidak bermotif Namun begitu, walaupun PENTAS sarat dengan pergerakan fakta dan disjointed narration, saya tidak nafikan bahawa ia merupakan suatu penambahbaikan daripada PINJAM iaitu karya penulis yang terdahulu Bahasa yang digunakan walaupun agak banyak menggunakan terminologi undang undang ringkas, mudah, tepat dan berketepatan Isu yang diketengahkan agak berat kerana ia merupakan adukan fiksyen dan agama Patutlah kenapa sebelum ini novel ini pernah menjadi buah mulut apabila terbitannya tiba tiba tergendala seketika Saya fikir mungkin penulisnya ingin membaiki pengakhirannya agar ia menjadi lebih relevan dan boleh diterima pembaca Mungkinlah Saya tidak tahu Hanya penulisnya, editor dan penerbitnya sahaja yang tahu hal sebenar yang berlaku PENTAS berjaya memancing pembaca untuk meneliti dan mencambahkan rasa intrig dan ingin tahu sehingga tamat pembacaan, namun penceritaannya yang tersangkut sangkut sedikit sebanyak telah menjejaskan keseluruhan naskah yang mempunyai potensi untuk menjadi lebih bagus ini


  3. Inn Auni Inn Auni says:

    Patutlah baca ja nama Harut tu macam pernah dengar Bila disiasat barulah teringat kembali.Dalam kisah sahih Harut Marut ni, mereka diturunkan oleh Allah untuk mengajar ilmu sihir kepada satu kaum supaya dapat digunakan ke arah kebaikan tetapi biasalah manusia, jenis lupa diri, bila ada ilmu lebih sikit, mulalah rasa diri kebal dari maut Maka selepas Harut Marut kembali ke langit, kaum ni salah guna ilmu yang diajarkan.Berbalik kepada kisah yang diletakkan di zaman utopia ni, saya tak rasa maca Patutlah baca ja nama Harut tu macam pernah dengar Bila disiasat barulah teringat kembali.Dalam kisah sahih Harut Marut ni, mereka diturunkan oleh Allah untuk mengajar ilmu sihir kepada satu kaum supaya dapat digunakan ke arah kebaikan tetapi biasalah manusia, jenis lupa diri, bila ada ilmu lebih sikit, mulalah rasa diri kebal dari maut Maka selepas Harut Marut kembali ke langit, kaum ni salah guna ilmu yang diajarkan.Berbalik kepada kisah yang diletakkan di zaman utopia ni, saya tak rasa macam utopia pun kecuali beberapa benda yang macam terkini Tak ada unsur wow macam pertama kali tonton Back to the Future walaupun filem tu kembali ke masa lepas.Benar dikata oleh seorang pembaca, baca Pentas 1 dan Pentas 3 sudah memadai untuk memahami isi cerita Pentas 2 lebih macam filler Ala macam tonton filem Tamil lepas tu mesti ada lawak spastik sikit Tapi Pentas 2 ni bukan comic relief pun Meningkatkan tahap kebosanan ada la.Dah habis baca pun saya tak pasti apa yang cuba disampaikan oleh penulis Nak kata gerun supaya manusia bertaubat, macam tak kesampaian mesej tu Sebab kisah Harut Marut tu tak melibatkan sesuatu yang menggerunkan pun


  4. Lokman Hakim Lokman Hakim says:

    Ideanya bagus.Cuma ada penerangan berkenaan beberapa aspek yang dirasakan tak perlu dicerita Meleret benar Isu meleret ini diselamatkan oleh struktur novel yang terdiri dari bab bab pendek sekaligus memudahkan pembaca macam aku untuk menarik nafas sebelum meneruskan pembacaan Tahu tahu je dah habis.Namun begitu, sesudah habis membaca naskhah ini, bahagian bahagian yang dirasakan meleret leret tadi bagai dimansuhkan oleh twistnya yang bagi aku, Dejavu transendental.Entah, dua perkataan ni te Ideanya bagus.Cuma ada penerangan berkenaan beberapa aspek yang dirasakan tak perlu dicerita Meleret benar Isu meleret ini diselamatkan oleh struktur novel yang terdiri dari bab bab pendek sekaligus memudahkan pembaca macam aku untuk menarik nafas sebelum meneruskan pembacaan Tahu tahu je dah habis.Namun begitu, sesudah habis membaca naskhah ini, bahagian bahagian yang dirasakan meleret leret tadi bagai dimansuhkan oleh twistnya yang bagi aku, Dejavu transendental.Entah, dua perkataan ni terpacul bila aku habis membaca naskhah ini.Terima kasih penulis sebab sain buku aku Harap komen ini akan membantu meningkatkan aspek penulisan penulis pada masa depan terutama sekali kurangkan bahagian yang meleret tu


  5. Kak Zie Kak Zie says:

    Dulu, selalu tengok rancangan silap mata termasuk yang potong potong badan manusia tu Memang kena tipu hidup hidup sebab percaya Maklum la, masa tu zaman budak tak berakal DApabila David Copperfield muncul, kau buat la silap mata macam manapun, takdenya aku nak percaya Sebab aku dah bijak dah Haha.Apapun, kisah ini bukan genre aku Maaf.


  6. Ainur Ainur says:

    This is a utopian fiction, centers on magic It sets in Kuala Lumpur, known as Kota Mega Kuala Lumpur, which now is an advanced country It definitely made me eager to learn and imagine the country during this time This story is divided into 3 chapters Pentas Satu, Dua and Tiga The first is about the magician, Harut The second is about the reporter, Harun and the third deals with the trials of Harut and Dato Mah rut I have few problems with this book.First, there are lots of info dumping This is a utopian fiction, centers on magic It sets in Kuala Lumpur, known as Kota Mega Kuala Lumpur, which now is an advanced country It definitely made me eager to learn and imagine the country during this time This story is divided into 3 chapters Pentas Satu, Dua and Tiga The first is about the magician, Harut The second is about the reporter, Harun and the third deals with the trials of Harut and Dato Mah rut I have few problems with this book.First, there are lots of info dumping Lots of unrelevant details on some things like Harun s past life, the Ustaz s ability dealing with the unseen things , and the last chapter felt like a drag for me I already felt bored reading about the law stuff I skipped those Second I felt like the ending is a bit weird It s like the author was taking an easy way out to finish the story view spoiler I don t know why I can t simply accept that those two are angels hide spoiler I gave two stars for the idea and the world building


  7. Fadzli Jamaludin Fadzli Jamaludin says:

    Maaf cakapaku rasa inilah buku FIXI yg paling bosan sekaliGaya penceritaan penulis meleret2pembacaan aku seringkali terbantut sehingga menghilangkan mood membacaNovel ini terbahagi kepada 3 bahagian yg di nyatakan sbg PENTAS. aku x faham apa perkaitan dalam Pentas Dua dgn cerita Harut niNasihat akukalian baca sinopsis terus shj kpd Pentas 3hahah jimat masa Maaf cakapaku rasa inilah buku FIXI yg paling bosan sekaliGaya penceritaan penulis meleret2pembacaan aku seringkali terbantut sehingga menghilangkan mood membacaNovel ini terbahagi kepada 3 bahagian yg di nyatakan sbg PENTAS. aku x faham apa perkaitan dalam Pentas Dua dgn cerita Harut niNasihat akukalian baca sinopsis terus shj kpd Pentas 3hahah jimat masa


  8. heril azwan heril azwan says:

    3 hari untuk habiskan buku nipis ni, tu pun sebab bab2 awal da baca last year and, tak termasuk beberapa bab lompat katak permualaan yang menarik untuk buku ini, tambahan pula kontrovesi yang berlaku sebelum buku ini diterbitkan membuatkan saya sangat teruja untuk menelusuri buku ini.tapi.makin lama makin merudum mood pembacaanya rasanya tak perlu saya huraikan panjang2 sebab bila baca review lain, hampir semua menyatakan pendapat yang sama terlalu banyak fakta berbanding penceritaan sub 3 hari untuk habiskan buku nipis ni, tu pun sebab bab2 awal da baca last year and, tak termasuk beberapa bab lompat katak permualaan yang menarik untuk buku ini, tambahan pula kontrovesi yang berlaku sebelum buku ini diterbitkan membuatkan saya sangat teruja untuk menelusuri buku ini.tapi.makin lama makin merudum mood pembacaanya rasanya tak perlu saya huraikan panjang2 sebab bila baca review lain, hampir semua menyatakan pendapat yang sama terlalu banyak fakta berbanding penceritaan subplot yang sangat2 tidak perlu, flashback yang melampau sampaikan saya rasa penulis sendiri keliru dengan penulisannya contoh, ketika ditemuduga, harun mengatakan dia ingin mengkaji tentang sihir kerana pernah terjadi sesuatu kepada Mak Sunya, tapi kemudian dikatakan kejadian yang menimpa Mak Su dan harun sendiri terjadi ketika dia sudah bekerja berlatih sbg intern di The Malaysia Insider.Eding, memang menghampakan maaf cakap, penulis seolah2 tidak bertangungjawap dengan ceritanya sendiri, dengan meletakkan semuanya adalah ketentuan Tuhan tanpa perlu menghuraikan sedikitpun apa yang terjadi melainkan menghuraikan secara details keadaan Kuala Lumpur di masa hadapan, kedewasaan harun dsb yang tidak berkaitan , penulis mengakhirinya dengan sebegitu saja Seolah2 penulis melanggar mati seorang pemandu dengan menyebabkan penunggang motor terbabas dan cedera parah, terus berlalu pergi dengan mengatakan da takdir kamu mati, kamu tercedera..redha je lah dan berlalu pergi tanpa rasa bersalah.walaupun ada pengajaran yang dapat dikutip, tetapi seharusnya naskhah ini lebih menarik jika penulis membuat sedikit kajian mengenai magic2 houdini or david blaine yang pernah menggemparkan dunia untuk menjadi subplot dalan naskhah ini, seperti dalam Now You See Me, di mana Morgan Freeman berusaha merungkaikan bahawa setiap magik itu ada penjelasannya bUkan untuk menidakkan keajaiban, tapi subplot begitu lebih menampakkan kebijaksaana penulis meningkatkan daya pemikiran imaginasi pembaca Bukan diserabutkan dengan fakta2 yang tidak penting


  9. Juliza Juliza says:

    2.5 bintang Meski ada beberapa hal tentang Pentas yang menjadikan daya tarikannya menjunam di setiap langkau muka surat tetapi jujur hamba menyukai buku ini biarpun hamba sendiri tidak pasti untuk alasan apa kerana ruang ulasan ini bakal dipenuhi dengan teguran kasih sayang P.Secara keseluruhan bahannya menarik iaitu tentang persembahan silap mata dan sihir Dan, hamba faham bahawa sebuah buku fiksi seharusnya bercerita dengan selesa tanpa imaginasi yang terbatas Namun, cara buku ini bercer 2.5 bintang Meski ada beberapa hal tentang Pentas yang menjadikan daya tarikannya menjunam di setiap langkau muka surat tetapi jujur hamba menyukai buku ini biarpun hamba sendiri tidak pasti untuk alasan apa kerana ruang ulasan ini bakal dipenuhi dengan teguran kasih sayang P.Secara keseluruhan bahannya menarik iaitu tentang persembahan silap mata dan sihir Dan, hamba faham bahawa sebuah buku fiksi seharusnya bercerita dengan selesa tanpa imaginasi yang terbatas Namun, cara buku ini bercerita berlaku dalam situasi menerangkan yang sangat melelahkan.Pentas Pertama terlalu inovatif Mungkin ini imaginasi wajar yang salah sasaran pembaca Juliza.Pentas Kedua pula terlalu deskriptif Tentulah tidak salah untuk memberi gambaran detail tentang latar tempat dan masyarakat serta perkembangan watak utama, Harun yang hamba tidak setuju pun perannya diangkat penting tetapi plot asal buku ini seolah olah sengaja diganggu dengan helaian muka surat yang disia siakan.Pentas Ketiga yang dianaktirikan Perjalanan perbicaraan tentang kehilangan Zulaikha tidak seharusnya di shortcut kan begini Hamba enggan mengulas tentang penamatnya iaitu pembongkaran gerangan sebenar Harut dan Datuk Mah Rut tetapi proses perbicaraan mahkahmah itu adalah elemen penting dan paling menarik yang sayangnya tidak diberi jumlah muka surat yang sepatutnya.Ini buku yang bercerita Ya, hamba tidak akan menafikan perkara itu tetapi sebuah perjalanan panjang yang diakhiri dengan jalan pintas ke sebuah destinasi salah, tidak akan menyenangkan semua penumpang.Namun, untuk alasan yang hamba masih belum berjumpa di akhir akhir ulasan ini, hamba menyukai Pentas Tidak sampai memandang ia di rak dan merindu tetapi hamba tidak membencinya, itu pastichokengtitiktitikchokengs Pentas mengingatkan hamba pada Dendam oleh Affifudin Omar Gaya yang hampir sama dalam persalinan dan cara berbeza


  10. NORAZILAH RAPLIS NORAZILAH RAPLIS says:

    keseluruhan idea penulis menarik cuma..cuma..aku rasa aku sedang duduk di library membaca sebuah artikel ilmiah gitu. trlalu byk detail yg bg ak x perlu di trgkn..ke ak yg poyoss x tau apa itu seni penulisan hahaha..tahniah penulis tahniah atas usaha anda cover pentas sangat cun i like purple kekeke


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PENTAS☉ PENTAS PDF / Epub ❤ Author Anuar Shah – Buyprobolan50.co.uk Harut adalah ahli magik terulung di dunia Harut mula terkenal apabila silap matanya seakan akan berasal dari dunia yang asing dari alam nyataKemunculan Zulaikha, pembantu pentas Harut yang dikatakan j Harut adalah ahli magik terulung di dunia Harut mula terkenal apabila silap matanya seakan akan berasal dari dunia yang asing dari alam nyataKemunculan Zulaikha, pembantu PENTAS Harut yang dikatakan juga adalah kekasihnya, sepatutnya menjadikan persembahan Harut lebih gah Namun apa yang terjadi bukan seperti dirancang Zulaikha hilang di hadapan mata semua orang di dalam satu persembahan di Dewan Filharmonik Kuala Lumpur dan tidak muncul semulaPolis menangkap Harut dan menuduhnya sebagai pembunuh Harut didakwa di Mahkamah Agung Kota Mega Kuala Lumpur oleh DPP Musa dan diadili oleh Hakim FirDari PENTAS magik ke PENTAS mahkamah, Harut tentunya ada helah terakhir yang akan dipersembahkan kepada dunia.


About the Author: Anuar Shah

A lawyer, a blogger, a property book writer with Questions You Should Ask Your Lawyer Before Buying A Residential Property in Malaysia and its sequel, a speaker on property on social media, a social media enthusiast and a novelist with Fixi.