Perpustakaan Dalam Islam PDF/EPUB ô Perpustakaan

Perpustakaan Dalam Islam ✈ [PDF / Epub] ✅ Perpustakaan Dalam Islam By Zulkifli Mohamad Al-Bakri ✸ – Buyprobolan50.co.uk Rentetan terhasilnya buku Kuasa Ira SS Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri merasa terpanggil untuk melebarkan lagi perbincangan berkenaan dengan tajuk Perpustakaan Dalam Islam Al Imam Hasan Al Banna me Rentetan terhasilnya buku Kuasa Ira SS Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri merasa terpanggil untuk melebarkan lagi perbincangan berkenaan dengan tajuk Perpustakaan Dalam Islam Al Imam Hasan Al Banna menggalakkan rakan rakannya supaya mengadakan perpustakaan peribadi di rumah Para pencinta ilmu sudah pasti akan mengumpul pelbagai buku dan koleksi karya mengikut bidang dan ikhtisas masing masing Makatidak hairanlah ramai di kalangan ulama dan cendekiawan Islam mempunyai perpustakaan peribadi yang mewah dan berkualiti Malah ada kisah mereka yang mati kerana ditimpa buku buku atau jatuh kerana memanjat untuk mengambil buku di atas rak.


10 thoughts on “Perpustakaan Dalam Islam

  1. Nor Nor says:

    Satu usaha yang baik dalam usaha menyemarakkan lagi budaya cintakan ilmu dan minat membacaDr Zulkifli Mohamad Al Bakri menyatakan bahawa idea untuk menulis buku ini terbit 2015 bermula apabila beliau menuliskan buku Kuasa Ira' yang diterbitkan kira kira 3 tahun yang laluBuku kecil berukuran 6x4 dengan 103 muka surat ini membicarakan berkenaan Definisi Perpustakaan Pembahagian Perpustakaan Perpustakaan Islam Perpustakaan Barat Perpustakaan Ulama Islam Minatnya Ulama Terhadap Islam Bagaimana Cara Membina Perpustakaan Peribadi Washington Sebuah Bandar Raya Pembaca Karya Penulis dan Motivasi untuk MembacaIa sesuai untuk bacaan mereka yang baru memulakan perkenalan dengan bidang kepustakaanNamun saya merasa agak kecewa apabila bab bab yang menyentuh secara khusus berkenaan perpustakaan pada pandangan saya tidak dirujuk kepada bahan bahan rujukan yang sewajarnya Ini kerana terdapat fakta yang saya fikir kurang tepat dan 'longgar' penjelasannya Dan bila dirujuk kepada senarai rujukannya saya tidak dapat mengagak dari mana ia dirujuk kerana saya tidak menjumpai judul bahan bahan yang dirujuk khusus bagi maklumat berkenaan perpustakaan


  2. Najibah Bakar Najibah Bakar says:

    Buku mukadimah yang baik terutama bagi yang baru berjinak jinak mencintai buku dan berkenalan dengan perpustakaan Kalau mengharapkan yang lebih daripada buku sekecil ini memang akan kecewa Namun dari sinilah banyak penyelidikan tentang institusi ilmu bergelar perpustakaan boleh dimulakanIa bagaikan jentikan semangat untuk orang kita yang masih ramai belum biasa dengan konsep perpustakaan peribadi di rumah


  3. Azlan Musa Azlan Musa says:

    Banyak halaman dibazirkan untuk menyenaraikan semua buku karya penulis


  4. Farid Akram Farid Akram says:

    Sebuah buku yang baik untuk pemula kerana penulis menceritakan secara ringkas tentang perpustakaanUntuk pembacaan yang lanjutsaya cadangkan buku Perpustakaan Islam konsepsejarah dan kontribusinya dalam membangun peradaban Islam masa klasik tulisan Agus Rifai


  5. Bookoo Bookko Bookoo Bookko says:

    Buku Pertama dari PBAKL 2018Buku ni akan menyedarkan kita tentang pentingnya mempunyai kecintaan pada bukuilmu dan perpustakaanMenurut Ibn Khaldunbuku melambangkan ketamadunanTinggi atau rendah sesebuah tamadun akan dilihat menerusi kecintaan rakyat untuk menelaah dan memahami ilmu dan idea baruDalam buku nikita akan diperkenalkan dengan ramai tokoh dan ilmuwan Islam yang mempunyai tabiat membaca yang luar biasaIbn Rusyd dikatakan hanya meninggalkan bukunya selama 2 malam sahaja iaitu pada malam beliau bernikah dan malam yang bapanya meninggalSelain dari dua malam tersebutIbn Rusyd sentiasa didampingi oleh buku bukuIbn SinaAvicenna pula hanya meminta ganjaran untuk memasuki perpustakaan raja selepas berjaya memulihkan penyakit yang dihidapi oleh rajaPermintaan Ibn Sina menimbulkan kehairanan kepada rajanamun ia berjaya membuktikan kepada kita pesona perpustakaan adalah sangat luar biasaAku ibaratkan seperti permainan silap mataMemukau tanpa kita sedariTapi sebenarnya tokoh yang melekat di hati aku ialah Syeikh Ali TantawiDikatakan dalam sehari beliau berjaya menghabiskan 100 helai muka suratBeliau juga membaca buku dari semua tematidak terkecuali yang bertema ilmiahSehari 100 muka surat tuAku kalau bagi cerita Korea untuk dibuat marathonbolehlah kotHeheheAku rasa bab Washington sebagai bandaraya membaca buku akan memberi ilham kepada pembaca untuk melakukan perkara yang samaBuku akan dikongsi pembacaannya dengan orang lain walaupun kita tidak mengenali merekaKebarangkalian buku untuk mengalami kerosakan dan hilang amat tinggitapi individu yang melakukan aktiviti ni memang tak ambil port dengan benda yang remeh tuBagi merekayang penting masyarakat sekeliling mereka membacaBuku ni tak tebal langsungHanya ada 101 muka suratTetapi bila membicarakan tentang perpustakaan Islamtokoh tokoh dan ilmuwan Islam yang mempunyai kecintaan pada bukuternyata buku ni patut ada dalam perpustakaan mini kitaMalu bila kita bandingkan tabiat membaca kita dengan para ilmuwan ni


  6. Shahrul AhLami Shahrul AhLami says:

    Perpustakaan Dalam Islam Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri Pustaka Cahaya Kasturi 20161 Buku ini mengandungi 103 mukasurat 10 buah bab2 Di dalam buku ini penulis bukan hanya berkongsi tentang perpustakaan perpustakaan di negara Islam namun dikongsikan juga beberapa buah perpustakaan di negara bukan Islam3 Apa itu perpustakaan? Perpustakaan merupakan gedung gedung ilmu yang patut kita kunjungi selalu4 Ada pujangga yang menyebut kunjungilah perpustakaan walaupun sekali sebulan5 Penulis juga menggalakkan kita untuk mempunyai perpustakaan peribadi6 Pada bab ketujuh penulis mengemukakan beberapa cadangan untuk membina perpustakaan peribadi7 Nak tahu ? Kau kenalah baca buku ini8 Ayuh semarakkan budaya membaca #duniaBOOKku📚#alonalonjanjikelakon#breatheNread#2017readingchallenge EMPATpuluhDUA #PMUB#jommembaca


  7. Naim AlKalantani Naim AlKalantani says:

    Aku hanya boleh beri 1 bintang Bukan kerana buku ini nipis Tapi kerana;1 Penulis menulis semua karyanya dalam buku ini Aku tak tahu fungsinya2 Tak banyak perkara yang kritis untuk membaca berperpustakaan3 Hanya menulis kembali 2 3 patah mengenai perpustakaan perpustakaan di dunia dulu dan kini


  8. Syahiran Ramli Syahiran Ramli says:

    Buku Perpustakaan Dalam Islam tulisan Dr Zulkifli Mohamad al Bakri adalah merupakan kesinambungan kepada buku Kuasa Ira Jika Kuasa Ira lebih menekankan tentang kepentingan membaca cara cara membaca dengan betul dan juga sedikit berkenaan dengan perpustakaan Perpustakaan Dalam Islam pula lebih kepada bicara tentang definisi perpustakaan itu sendiri sejarah perpustakaan Islam perpustakaan Barat dan cara cara membina perpustakaan peribadiApabila menyebut tentang perpustakaan Islam pasti nama Baitul Hikmah tidak akan terlepas dari sebutan Baitul Hikmah yang dibina pada zaman khilafah Abbasiyyah oleh Khalifah Harun al Rasyid bukan setakat menjadi kepada himpunan ratusan ribu buah buku malah menjadi pusat ilmu pusat menterjemah buku buku falsafah perubatan matematik dan sebagainyaMemandangkan buku ini nipis yang hanya terkandung 103 muka surat sahaja maka tidak banyak perkara yang diceritakan Tambahan lagi sedikit mengecewakan apabila penulis meletakkan senarai karya yang ditulisnya pada bahagian isi buku 30 halaman yang menyebabkan isi kandungan buku sebenar hanyalah sebanyak 70 halaman sahaja Tidak pasti sama ada perkara tersebut merupakan kebiasaan atau saya sendiri yang masih belum banyak membaca karya karyanya yang lainSecara keseluruhan buat pemula yang mahu mengenali dengan lebih dekat secara ringkas tentang sesebuah perpustakaan yang pernah terdapat pada zaman khilafah dan zaman kini dan cara cara membina perpustakaan peribadi yang bagus maka buku ini boleh dijadikan sebagai bacaan santai


  9. Hariz S. H. Hariz S. H. says:

    Hmm dah mcm catalogue


  10. Ismail Isman Ismail Isman says:

    Buku yang menarik untuk ditelaah Terutama untuk mendapatkan semangat para ulama terhadap perpustakaan Turut dimuatkan dalam buku ini sejarah perpustakaan Islam Cuma mungkin bahagian karangan penulis terlalu banyak dan membuatkan buku tebal sedangkan isi buku sedikit Mungkin boleh ditambah baik


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *